Pages

Sunday 24 April 2016

Percutian Keluarga Ke Pulau Langkawi (20 - 23 April 2016)

Setelah sekian lama menunggu..(dekat setahun jugakla booking tiket murah AirAsia nie..) Kini tibalah masanya untuk kami ke Pulau Langkawi. Destinasi percutian pertama untuk Tahun 2016. 

Kali ni kami pergi sebanyak 2 keluarga, kami sekeluarga dan kakak sekeluarga, juga bersama-sama dengan bonda tercinta. 

Sekarang ni musim panas, harus ada penjagaan yang lebih sikit untuk kulit.

  • Sunplay Aloevera gel untuk kelegaan kulit selepas terdedah kepada cahaya matahari. 
  • Sunblock Kiss Me SPF50 untuk kulit muka, water-based dan tak berminyak.
  • Sunblock Watson SPF50(oren) for body-melindungi kulit daripada cahaya matahari.
  • Banan Boat- Sunblock for kids(body)
Haa..nampak tak keterujaan nak ke Langkawi tu..haha

Percutian selama 4 hari 3 malam. Walaupun masanya terasa singkat namun cukup bermakna untuk kami sekeluarga. Penat berjalan ke sana sini, tapi untuk kanak-kanak, terpancar kegembiraan di mata masing-masing. Bukan selalu dapat mandi pantai dan main pasir macam nie.

Lokasi: Pulau Beras Basah




**anak siapa lah yang tersesat kat sebelah tu..**

Lokasi: Pantai Chenang, Pulau Langkawi



Aakif ni memang berani, selambe je lari sampai ke tengah laut. Pusing-pusing..tenggelam timbul.. Huishhh...







Ihsan takut air yer...





Ihsan dah tak takut dah... siap senyum simpul lagi.. Good boy!




Cantiknya sunset view kat Pantai Chenang ni. Ada masa kami datang lagi yer..

Bye bye Pulau Langkawi

-the end-

Sukan PASTI Darul Ulum 5 (27 Mac 2016)

PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG

Al-Quran As-Sunnah pegangan kami
Islam cita-cita murni
Allah matlamat kami
Akhlak mulia idaman kami

Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh ... diasuh
PASTI pasti berjaya
PASTI pastikan cemerlang ... cemerlang

Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)

Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh ... di asuh
PASTI pasti berjaya
Islam islamkan gemilang ... gemilang

Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)

Tahun ni Aakif dah 5 tahun. Tahun pertama persekolahan di Tadika PASTI Darul Ulum 5, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang. Hari sukan sekolah pertama untuk Aakif. 

Macam mana ye dia? Jom kita tengok.. 

Aakif nampak sungguh bersemangat menunggu giliran untuk acara Cowboy







Tabung Pendidikan Untuk Masa Hadapan