Pages

Sunday 24 April 2016

Percutian Keluarga Ke Pulau Langkawi (20 - 23 April 2016)

Setelah sekian lama menunggu..(dekat setahun jugakla booking tiket murah AirAsia nie..) Kini tibalah masanya untuk kami ke Pulau Langkawi. Destinasi percutian pertama untuk Tahun 2016. 

Kali ni kami pergi sebanyak 2 keluarga, kami sekeluarga dan kakak sekeluarga, juga bersama-sama dengan bonda tercinta. 

Sekarang ni musim panas, harus ada penjagaan yang lebih sikit untuk kulit.

  • Sunplay Aloevera gel untuk kelegaan kulit selepas terdedah kepada cahaya matahari. 
  • Sunblock Kiss Me SPF50 untuk kulit muka, water-based dan tak berminyak.
  • Sunblock Watson SPF50(oren) for body-melindungi kulit daripada cahaya matahari.
  • Banan Boat- Sunblock for kids(body)
Haa..nampak tak keterujaan nak ke Langkawi tu..haha

Percutian selama 4 hari 3 malam. Walaupun masanya terasa singkat namun cukup bermakna untuk kami sekeluarga. Penat berjalan ke sana sini, tapi untuk kanak-kanak, terpancar kegembiraan di mata masing-masing. Bukan selalu dapat mandi pantai dan main pasir macam nie.

Lokasi: Pulau Beras Basah




**anak siapa lah yang tersesat kat sebelah tu..**

Lokasi: Pantai Chenang, Pulau Langkawi



Aakif ni memang berani, selambe je lari sampai ke tengah laut. Pusing-pusing..tenggelam timbul.. Huishhh...







Ihsan takut air yer...





Ihsan dah tak takut dah... siap senyum simpul lagi.. Good boy!




Cantiknya sunset view kat Pantai Chenang ni. Ada masa kami datang lagi yer..

Bye bye Pulau Langkawi

-the end-

No comments:

Post a Comment

Tabung Pendidikan Untuk Masa Hadapan