Pages

Sunday, 19 June 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Siapa nak cantik? Siapa nak glamor meletops macam diva?
Aha!!! Jom kita pakat ramai-ramai pakai shawl terbaru keluaran Papaglamz


Apa??? Tudung PERCUMA??? Cepat-cepat join GA ini sebelum terlambat.


Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Monday, 13 June 2016

Hebatkah Kita???

'Kebergantungan Sesama Manusia'


Syurga lelaki pada perempuan iaitu ibu
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami

Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu
Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami

Masa hidup anak perlukan doa ibubapa
Masa mati ibubapa perlukan doa anak

Di dunia nasab itu pada lelaki
Di akhirat nasab itu pada perempuan

Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumikan jenazahnya

Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada, dia tetap perlu belajar daripada seorang guru

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara, pasti yang dirindui adalah keluarga

Walau sekaya manapun seorang manusia, dia tetap perlu berurusan dengan orang lain

Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa general worker

Seorang raja tidak berkuasa tanpa rakyat jelata

Inilah manusia... LEMAH

Walau sehebat manapun kita di dunia...
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi...
Taraf kita hanya seorang 'HAMBA'

Lalu, kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat?

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina?

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca...

Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat iaitu sombong dan merasa dia lebih baik

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagiaan..

Bahagia bila lihat orang lain bahagia..
Derita bila lihat orang lain derita...
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain

Ingatlah...

Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Allah beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri. 
Sesunggunya, Allah tidak pernah salah merencana sesuatu. 
Pasti ada hikmahnya.

- Sekian -


#copy dari group Whatsapp 

Sunday, 12 June 2016

Memori Bersahur Di Bulan Ramadhan


Tiba-tiba teringat masa kecil-kecil dulu...

Mak kejutkan bangun sahur.. Pandang makanan mata terkebil-kebil..  Semua dah siap terhidang depan mata, tinggal nak ngapp je. Makan pun slow motion je..ngantukla kan.. Pastu kalau tak sekolah , lepas Solat Subuh sambung tido balik. Nikmatnya zaman kanak-kanak...

Tapi sekarang dah lain..

Bila dah berkeluarga..

Awal-awal pagi di kala semua orang sedang nyenyak tidur..

Bunyi alarm je aku kelam-kabut bangun. Dah lambat ni! Buang terus rasa mengantuk. Cepat-cepat siapkan juadah untuk bersahur. Mujurlah anak tak memilih..makan nasi dengan telur goreng je. Apa menu anak, itulah menu aku. Suami pula makan roti dengan nestum je, sangat memahami :-h

Kalau dulu mak yang siapkan makanan semua..kita tinggal makan je. Tapi bila dah jadi 'mak' nie, kita pula yang kena siapkan makanan untuk anak-anak dan suami.

Inilah asam garam kehidupan. Inilah tanggungjawab.. Tanggungjawab jangan sesekali dipersiakan. Esok-esok bila kita dah jadi nenek lain pula ceritanya..

Menarik kan?


Tabung Pendidikan Untuk Masa Hadapan