MUQADDIMAH
Dakwah adalah satu wasilah yang Allah S.W.T. tentukan dalam menyampaikan ajarannya kepada umat manusia. Para Rasul yang diutuskanNya telah menjadikan amalan berdakwah sebagai tugasan yang wajib mereka laksanakan. Setiap Rasul telah menempuh pelbagai halangan dan rintangan daripada kaum mereka dalam melaksanakan tanggungjawab berdakwah, firman Allah S.W.T.
Maksudnya: "Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap RasulNya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad), tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir atau seorang gila".
Berdakwah menyebarkan risalah Allah S.W.T. adalah merupakan tanggungjawab Rasul yang utama. Mereka menunaikannya tanpa rasa jemu, putus asa, kecewa dan hampa walaupun tidak ramai di kalangan umatnya yang dapat menerima apa yang diutarakan. Nabi Nuh A.S. umpamanya telah menghabiskan usia yang panjang hingga seribu tahun untuk menjalankan tugasan dakwah tanpa rasa jemu dan berputus asa, walaupun hanya segelintir sahaja dari kalangan kaumnya yang mahu mengikutinya. Allah S.W.T. menerangkan perihal tersebut dalam firman Nya surah Noh ayat 5 dan 6.
Maksudnya: "(Setelah puas menyeru mereka) Nabi Noh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan Ku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman): "Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada mereka melarikan diri (dari kebenaran).
No comments:
Post a Comment